PEKERJAAN HALAL
otak yang berfikir
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Manusia sentiasa berfikir dan berfikir selagi anugerah otak yang
dianugerahkan oleh Allah SWT ini masih dapat berfungsi sebaik mungkin.
Terutama dalam membuat keputusan untuk sesuatu perkara, atau mungkin
juga berfikir dalam membuat penilaian tentang sesuatu.
Ramai di antara kita sememangnya mengetahui bahawa sesuatu keputusan
yang baik yang diputuskan sudah tentu dipengaruhi oleh sudut-sudut
pandangan tertentu. Semakin banyak sudut pandangan yang difikirkan maka
sudah tentu keputusan dapat dihasilkan dengan cara yang terbaik. Tetapi
bagaimana untuk berfikir dari sudut yang berbeza? Inilah yang menjadi
sedikit sebanyak persoalan yang sering berlaku kepada mereka yang gagal
untuk membuat keputusan yang baik.
Berfikir dari banyak sudut bermaksud berfikir tentang sesuatu masalah
atau perkara yang difikirkan dengan melihat tentang kebaikan dan
keburukan, positif dan negatif dan juga tersurat dan tersirat kepada
masalah tersebut. Terutama bila permasalahan yang banyak melibatkan
antara hubungan manusia sesama manusia. Bukan mudah untuk membuat
keputusan dalam situasi seperti ini. Perselisihan faham sering kali akan
menjadi lebih buruk jika berfikir hanya dilihat dari satu sudut sahaja
dan mendengar dari satu pihak semata-mata.
Dalam situasi seperti ini cara berfikir amat penting dan perlu sensitif
terhadap keseluruhan masalah. Jika konflik seumpama ini hanya difikirkan
dari satu sudut sahaja atau mungkin mendengar dari satu pihak sahaja
maka keputusan yang diputuskan sudah pasti akan memberi impak yang tidak
baik dan juga bakal menyakiti hati sebahagian pihak yang lain.
Berfikir dari banyak sudut perlu dilakukan secara rasional dan terbuka
serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jangan sekali-kali membuat
keputusan dalam keadaan emosi yang tidak stabil seperti dalam keadaan
marah, sedih atau juga mungkin bersikap untuk kepentingan diri dan
peribadi. Andai perkara-perkara ini mempengaruhi setiap sudut pandangan
maka sudah tentu keputusan yang dicipta juga tidak tepat dan akan
mengundang konflik-konflik yang lebih sukar untuk diselesaikan
No comments:
Post a Comment